Total Pageviews

Thursday, 15 December 2011

Tips Menjaga Kamera Digital Anda

Bagaimana nak menjaga kamera digital ? ?




Kamera dan anda tak dipisahkan ibarat isi dengan kuku ! Hebatt ...memang betol , ada peminat fotografi yang tak boleh nak berpisah dengan kamera . Umpama kamera itu kekasihnya .


Tetapi mungkin tidak semua antara kita pandai menjaga kamera digital dengan betul. Kamera digital adalah barang elektronik yang agak sensitif. Memandangkan kamera digital bukanlah sesuatu yang murah, ada baiknya kita menjaganya dengan betul.


Kebiasaanya, kamera digital amat mudah bercalar. Ini kerana kita selalu membawa ke mana-mana dan diletakkan di tempat yang tidak sesuai.


Mari saya kongsikan beberapa tips menjaga kamera digital.



Lensa Kamera
Lensa kamera adalah mata kamera anda yang dapat melihat dunia. Inilah bahagian terpenting pada kamera kita. Pastikan kita tidak menyentuh lensa kamera secara terus. Untuk membuang habuk, gunakan kain yang khas diberikan semasa kita membeli kamera. Ataupun ‘blower’ yang khusus untuk kamera.  Jika tidak digunakan, pastikan kita tutup lensa kamera.
Suhu
Suhu tempat menyimpan kamera adalah penting. Elakkan meletak kamera di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari. Contohnya di dalam kereta dan sebagainya. Ini lambat laun akan menyebabkan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada getah akan mudah lekang. Jangan juga meletakkan kamera kita di tempat yang bersuhu terlalu rendah.
Penyimpanan
Jika menyimpan kamera, kita mestilah meletakkan jauh dari sumber magnet. Magnet atau cakap melayunya ‘besi berani’ boleh menyebabkan bahagian elektronik digital kamera rosak. Jadi jauhkan dari meletak kamera berhampiran dengan magnet (biasanya di speaker radio).
Ok, di sini saya kongsikan lagi satu tip. Bagi mengelakkan dari kulat halus (fungus) tumbuh pada kamera atau lensa kamera, dapatkan silica gel untuk diletakkan bersama digital kamera. Silica ini berfungsi untuk menyerap air yang terdapat di persekitaran tempat kita menyimpan kamera.

Saya juga nasihatkan rakan-rakan, mengasingkan atau cabut bateri kamera anda jika tidak digunakan. Ini bagi menggelakkan dari berlakunya ‘ corrosive leak’ (kebocoran bahagian sel yang mengeluarkan sejenis kimia).
Jaga Aksesori
Kad menyimpan data (CompactFlash, SD, MMC card) adalah antara satu aksesori penting digital kamera. Oleh kerana kad ini agak kecil, eloklah kita menjaganya dan jangan sampai tercicir semasa mengeluarkannya.
Satu lagi sebelum terlupa, untuk skrin kamera kita, sebaiknya letakkan dengan pelindung skrin (screen protector). Ini bagi mengelakkan skrin kamera daripada tercalar.
Jagalah elok-elok kamera kita. Kamera digital bukannya murah. Jaga cermat duit pun selamat!
Saya harap sedikit tips ini membantu rakan-rakan semua ✿◕‿◕✿
OK ..Start ..

Thursday, 10 November 2011

AIDILADHA 2011 (2)

mama farah n her beloved Nani ....

Ini kura - kura namanya ..

All Time In The World .

Teman Tido Abang saya . HEHE

Kami lah , Geng Tedy Bear ..

Andak n his beloved Nani.

Minumlah air epal ,banyak faedah nyee ,,

Hadiah Lucky Draw

Minum utk sehat .

Saya ngantok .

Kami comel x ? 

Kami serupa x ?

Coco Crunch  . like it .

Saya comel kn ?

Under process to transform..but .. err..nape tgn adam tuu ..
Krew Aidiladha ..
So , untuk Aidiladha kali nie , trip kami dari TRI --> Sabak Bernam --> Subang --> TRI  ..
walaupun tak lame tp sgt berharga , first time Aidiladha di rumah sepupu , belaja anyam ketupat dgn nenda tersyg , melayan karenah kanak-kanak kecil , (adam , dini , nani ) .... melayan karenah adik - adik dgn
abg kpd Adik -adik nye ,, hehe ...Sgt bestt ..masih sempat lagi kn tok ucapkan Salam Aidiladha ...

Wednesday, 9 November 2011

AIDILADHA 2011

Ketupat Pulut Hitam



Belaja Menganyam Ketupat dgn Nenda Tersyg

Menurut nenda , silap anyam , jadi ketupat betina , err ,ni betina la kott , hihi




Antara yg da siap
Belemoih .. hihi


Moral of the story .. Bukan senang nk anyam ketupat ( tok yang baru belaja) .. ada step-step nye ,silap step , jadi ketupat betina , (kata nenda saya) ...
Ape pon , sonokk belaja anyam ketupat nieyh ...
Akhir kata , SALAM AIDILADHA ...

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Saturday, 29 October 2011

Belajar Mem-Bokeh (still failed )















Masih belajar Bokeh tp still failed , walopon dgn bantuan serangga yg hidup di Bumi ini..
But , still failed , ouh , masih mencuba ,.... dan mencuba ...

Wednesday, 26 October 2011

Taman Botani - SESI 1













Ikan-ikan berebut makanan

Tenang ..


Laparnye ikan - ikan tuu ..
Cubaan yang kedua ... mengambil masa yang agak lama untuk mencuba nye ...keadaan agak gelap di sebabkan ujan maw turun la , haha , ape pon , agak berpuas hati ... masih mencuba lagi ... Sila beri tunjuk ajar ...